Kelas Membuat Kad / Kolaj Sempena Hari Guru
16 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mei 2016, kelas membuat kad / kolaj sempena hari guru dijalankan di Bilik Latihan, Pusat Internet Sibuluh. Seramai 6 orang pelajar sekolah rendah yang mengikuti kelas tersebut. Kelas membuat kad sempena hari guru jatuh pada 16 Mei 2016 menggunakan kreativiti pelajar. Pelajar juga digalakkan untuk mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan hari guru. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk mencari bahan atau gambar yang diperlukan untuk membuat kad.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Video Klik Dengan Bijak.
- Video Sempena Hari Guru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: