Kisah Kejayaan
Clara’s Collection
Cik Clara merupakan pelajar lepasan diploma. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang pembuatan rantai ataupun gelang berasaskan manik contohnya rantai buah kabo, gelang kaki dan tangan dan sebagainya. Sebelum penggunaan ICT beliau tidak mempunyai ilmu pemasaran dan hanya membuat jualan di kampung. Beliau juga kurang mengetahui perkakasan dan perisian komputer yang digunakan. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Sibuluh, beliau kini mengambil tempahan melalui aplikasi Whatsapp, Instagram dan Facebook. Beliau juga menggunakan Ms. Excel untuk merekod hasil jualan, kerugian dan membeli bahan-bahan yang akan digunakan. Pelanggan beliau dari kalangan penduduk tempatan dari pelbagai Daerah dan Negeri yang terdiri daripada peminat produk handmade crafts melalui aplikasi seperti Whatsapp, Instagram dan Facebook. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM100 – RM500.