Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Bung Orad Kampung Grogo
Gunung Bung Orad merupakan sebuah tapak yang sedang giat dimajukan untuk dijadikan sebagai salah satu tapak pelancongan di kawasan Bau. Dorod Orad adalah ungkapan dalam bahasa Bidayuhnya, dipercayai merupakan sebuah kubu bagi pahlawan kaum Bidayuh iaitu pahlawan Panglima Kurow. Panglima Kurow dan pengikutnya telah menjadi orang pertama yang menetap di sana selepas kubu awal mereka di Bung Bratak telah dimusnahkan oleh musuh-musuh. Dari Bung Bratak mereka berpindah ke Dorod Orad di mana mereka tinggal sehingga selepas pendudukan Jepun. Bermula dengan penempatan itu, mereka telah bergerak turun ke kawasan tanah rendah yang kininya,dikenali sebagai Kampung Grogo. Apabila penduduk semakin bertambah, mereka telah berpindah dan membentuk kampung baru di sekitarnya seperti Kampung Sibuluh, Kampung Opar, Kampung Rumih dan Kmapung Plaman Nowang.
Tasik Biru ( Kayak and Cruise )
Nama asalnya dikenali sebagai Tasik Tai Parit sebelum ditukarkan menjadi Tasik Biru, Bau, Sarawak pada 1970-an yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching. Memang nama Tasik Biru ini agak asing kepada kebanyakan pelancong dan atas sebab itulah kerajaan negeri Sarawak sedang membangunkannya untuk dijadikan lokasi tarikan terbaru di negeri ini. Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh Borneo Company pada 1898. Namun, operasi lombong itu ditutup ekoran banjir yang melanda pada tahun 1921 sehinggalah ia dibuka semula kepada umum pada 21 April 2001 tetapi sebagai lokasi pelancongan. Kini tasik ini dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan aktiviti berkayak serta terdapat cruise untuk membawa pelancong menikmati keindahan dan kehijauan persekitarannya cukup mendamaikan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
Encik Harrison
+6 019-8397332
Waktu operasi ( Kayak & Cruise)
Isnin hingga Jumaat
2.00 hingga 6.00 petang
Sabtu dan Ahad
10.00 pagi hingga 6.00 petang