PI Sibuluh Wakil Pusat eRezeki

12 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Sukacita mengumumkan bahawa PI Sibuluh merupakan wakil pusat eRezeki dan menyediakan latihan kepada para peserta yang ingin menjana pendapatan tambahan. Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian.

eRezeki ini adalah salah satu inisiatif yang membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Digital tu apa? Digital tu secara maya atau pendek kata melalui komputer ataupun telefon bimbit sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai program eRezeki, sila ke PI Sibuluh untuk sebarang pertanyaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali