Program E-Rezeki Siri 6 (2018)

17 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Program E-Rezeki kali ini merupakan Siri ke-6 diadakan oleh Pusat Internet Sibuluh. Kelas ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada penduduk setempat tentang penggunaan laman web E-Rezeki yang dikelolakan oleh MDEC. Matlamat program ini adalah untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah di kawasan sekitar,dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.

Kelas ini dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Serasot, selama 3 jam bermula dari jam 9 hingga 12 tengahari dan dihadiri oleh 9 orang peserta. Sepanjang kursus ini berlansung, para peserta telah diajar cara untuk menggunakan laman web E-Rezeki, cara untuk mendaftar E-Rezeki, membuat email dan juga perkongsian tip dalam segmen E-Usahawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali