Program E-Rezeki Siri 3
05 March 2018 | Aktiviti TerkiniProgram E-Rezeki yang diadakan ini merupakan siri yang ketiga diadakan pada tahun 2018. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.
Kelas yang berlansung di Bilik Latihan Pusat Internet Tanjong Bowang, selama 3 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengahari ini dihadiri oleh 4 orang peserta. Dalam program ini, mereka telah diajar cara untuk menggunakan laman web E-Rezeki, cara untuk mendaftar E-Rezeki, membuat email dan juga perkongsian tip dalam segmen E-Usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: