Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Bau 2018
22 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada hari Sabtu yang lepas, PI Sibuluh telah menyertai Program Sepakat Komuniti 1Malaysia Daerah Bau 2018 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sibuluh. Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan ahli komuniti dalam mengurus program bersama agensi kerajaan dan menjalinkan hubungan harmoni antara sesama ahli. PI Sibuluh turut serta dalam program ini dengan membuka booth untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti PI dan program kendalian PI seperti E-Rezeki dan E-Waste serta mengadakan pendaftaran ahli baru PI.
Aktiviti sokongan:
- Taklimat ringkas Advokasi (E-Waste) dan Klik Dengan Bijak.
- Demostrasi membuat anyaman oleh usahawan PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: