E-Kelas Live Tutorial (Sains) Penggal 1

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. eKelas sebelum ini khas untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Untuk sesi 2019, pembelajaran e-Kelas turut disertai pelajar Tahun 6, Tingkatan 4 dan 5. Matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains.

Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.

Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Seramai 7 orang pelajar yang mengikuti e-Kelas terdiri daripada pelajar tahun 6. Modul Pengajaran dan Pembelajaran e-Kelas adalah subjek Sains selama satu jam bersama pelajar tahun 6 Sk. Grogo. Dalam pembelajaran kali ini pelajar belajar mengenai peraturan-peraturan semasa berada di dalam makmal sains. Selain itu, sesi soal jawab bersama cikgu mengenai topic definisi, pembolehubah, peralatan-peralatan yang digunakan di dalam makmal.

Antara aktiviti-aktiviti lain modul kali ini adalah, pelajar diberi tajuk iaitu “Makmal Idaman”. Pelajar diberikan kertas A4 dan pensil untuk melakar pelan makmal. Pelajar ditugaskan untuk merangka sebuah pelan susunan makmal dan diminta untuk melekatkan peraturan makmal di bilik dengan menggunakan tulisan tangan yang kreatif. Selain itu, pelajar perlu menunjukkan radas-radas makmal yang digunakan dan disusun sebaiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali