Ceramah Klik Dengan Bijak bersama Ketua Masyarakat di Daerah Bau
4 May 2019 | Aktiviti TerkiniBengkel yang dijalankan pada 3rd May 2019 bertempat di Lobuh Bau bersempena dengan Karnival Bau Gawai Sales. Seramai 50 orang yang terdiri daripada Ketua Kaum, Ketua Masyarakat mengikuti ceramah berkenaan.
Objektif ceramah :
Pusat Internet Daerah Bau komited dalam memastikan masyarakat di sekelilingnya sentiasa melayari internet secara selamat. Justeru, ia telah melaksanakan inisiatif dengan mengadakan Ceramah Klik Dengan Bijak dan Advokasi kepada seramai 50 orang yang terdiri daripada Penghulu, Pemanca dan Ketua Kampung dari Daerah Bau bersempena Jualan Gawai Bau 2019 di Lobuh Bau, di sini hari ini.
Antara topik yang disampaikan adalah Cyber Grooming, Love Scam, Macau Scam, eWaste, Portal SEBENARNYA.MY, penerangan mengenai eKelas, ‘Check your label’ dan kuiz atas talian menggunakan QUIZZIZ.com. Objektif ceramah yang sudah sering diadakan sebelum ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baharu. Selain itu adalah bagi memberi pendidikan kepada para pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan mewujudkan persekitaran yang selamat bagi pengguna ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: