Kelas penghasilan kad ucapan Hari Krismas dengan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint

21 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Disember 2020, PI Sibuluh telah mengadakan kelas penghasilan kad ucapan Hari Krismas dengan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint. Aplikasi ini memudahkan peserta mereka kad ucapan yang menarik. Peserta juga diminta mengubah kad ucapan tersebut kepada bentuk gambar/jpg supaya memudahkan mereka untuk menghantar kad ucapan kepada rakan-rakan dan keluarga secara digital melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali