E-Kelas Live Tutorial (Matematik dan Sains)

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Maxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma di beberapa tempat terpilih Pusat Internet di seluruh Malaysia. Kali ini e-kelas adalah untuk UPSR dan PT3.

Kebaikan yang boleh diperolehi adalah pelajar boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan pelajar menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tuisyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.

Kelas dijalankan pada Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. 10 pelajar yang mengikuti e-Kelas terdiri daripada pelajar tahun 6 untuk subjek Matematik (pecahan) dan satu jam bagi subjek Matematik (tajuk sudut dan tangen bagi bulatan) untuk PT3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali