Pembudayaan Norma Baharu Dalam Pusat Internet Sibuluh

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Sibuluh, Sarawak merupakan satu inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai salah satu pusat untuk mengakses internet kepada komuniti setempat di samping menyediakan kelas/kursus seperti Kursus Asas Microsoft Komputer, Bengkel Usahawan dan sebagainya kepada komuniti. Selain itu, Pusat Internet Sibuluh juga menyediakan perkhidmatan lain seperti fotokopi, mencetak, laminate dan scan dengan caj tertentu.

Untuk pengetahuan semua, Pusat Internet Sibuluh turut mempraktikkan SOP New Normal pandemik Covid-19. Disini, para pengguna Pusat Internet diwajibkan menggunakan face mask setiap masa, mempraktikkan penjarakan sosial ketika berada dalam Pusat Internet, Para pengguna juga perlu mengisi maklumat dan cek suhu serta menggunakan hand sanitizer. Penggunaan adalah terhad kepada 5 pengguna pada satu masa. Pusat Internet Sibuluh turut mengadakan kelas atas talian (online class) semasa pandemik Covid-19. Segala maklumat berkaitan kelas/kursus boleh rujuk kepada kalendar bulanan Pusat Internet Sibuluh.

Jangan lupa untuk like dan follow kami di media sosial untuk maklumat terkini.

Facebook: https://www.facebook.com/pisibuluh
Instagram :https://www.instagram.com/pusat.internet.sibuluh

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali