Kursus Asas Jualan Shopee (Pengurus & Penolong Pengurus)

13 November 2020 | Aktiviti Terkini

10 & 12 November 2020, Kursus ini dibuat secara menyeluruh dan melibatkan staf-staf Pusat Internet Komuniti seluruh Malaysia.Kursus ini dilakukan atas talian sahaja. Kursus ini bermula pada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang. Kelebihan kursus ini ialah dapat membantu usahawan atau bakal usahawan bagi memperluaskan produk jualan ke serata dunia.

Ini sekaligus secara langsung membantu untuk meningkatkan pendapatan usahawan dan bakal usahawan itu sendiri. Bukan itu sahaja, penjualan barang melalui Shopee juga dapat menjimatkan kos dan masa. Oleh yang demikian, kursus seperti ini memberi manfaat kepada semua staf Pusat Internet Komuniti yang ingin ceburkan diri dalam bidang keusahawan bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali