e-Learning (Typing For Beginners)
1 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKelas ICT e-Learning ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan komputer dan papan kekunci dalam aktiviti harian dan akademik mereka sebagai pelajar. Seramai 5 orang pelajar telah menyertai kelas ini yang diadakan di bilik latihan PI Sibuluh. Peserta didedahkan dengan Word 2013 yang mana tumpuan diberikan tentang penggunaan huruf, nombor dan perenggang. Selain itu juga, peserta juga diberikan taklimat ringkas serta tayangan video Klik Dengan Bijak yang merangkumi tajuk Maklumat Palsu dan Online Grooming.
Aktiviti sokongan:
- Taklimat ringkas Advokasi (E-Waste)
- Latihan dan kuiz online
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: