Kelas E-learning(Aplikasi typingclub.com), Advokasi Check Your Label dan Cara-cara penggunaan aplikasi Check Your Label

15 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2020, di atas permintaan peserta PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. PI Sibuluh juga telah mengadakan kelas advokasi check your label iaitu dengan tontonan video check your label. Turut diadakan ialah tutorial tentang penggunaan aplikasi check your label di telefon pintar.Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 5 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali