Kelas E-learning (Aplikasi typing.com), Advokasi Klik Dengan Bijak (Buli Siber)
14 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 Oktober 2020, di atas permintaan peserta PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typing.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip.
PI Sibuluh juga telah mengadakan kelas advokasi klik dengan bijak (buli siber) iaitu peserta perlu tahu dan tidak terlibat dengan buli siber atau kenalpasti sekiranya dibuli di alam maya. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 4 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: