Kelas E-learning (Aplikasi typingclub.com), asas Microsoft Word dan Advokasi Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu
9 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Disember 2020, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. Untuk menguji kemahiran menaip peserta diminta menaip surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word. PI Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: