Kelas Asas Microsoft Word
17 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Oktober 2020, di atas permintaan peserta PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas Microsoft Word secara online dan offline. Kelas yang dijalankan ialah cara menggunakan “watermark” di dalam Microsoft Word. Watermark adalah gambar latar pudar yang terpapar di belakang teks dalam dokumen. Dokumen ini boleh dijadikan sebagai confidential, draft dan sebagainya. Selain itu, watermark bergambar juga boleh digunakan bagi memaparkan logo syarikat dan lain-lain. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan Pn. Priscilla dan dihadiri seramai 5 orang peserta dan kelas ini juga ditayangkan di aplikasi Facebook dan Streamyard.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: