Bimbingan Kepada Pelajar Lepasan SPM

6 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 5 April 2020, PIK Sibuluh telah membimbing pelajar lepasan SPM tentang cara-cara mengisi atau memohon institusi pengajian tinggi secara talian. Peserta juga dibimbing cara-cara untuk memohon kerja di portal SPA. Para peserta juga diajar menggunakan Microsoft Word untuk penyediaan dan pemilihan resume yang baik bagi golongan dewasa yang ingin mencari pekerjaan. Peserta diminta untuk menyediakan resume dan diperiksa oleh staf PIK bagi menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh organisasi. PIK Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 2 orang peserta lepasan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali