Aspirasi Usahawan Serba Boleh Bersama Usahawan & Pereka Fesyen, Sarema Putri

18 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Menarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Cr. Sarema Putri yang merupakan seorang usahawan dan juga pereka fesyen dari daerah Bau. Beliau merupakan pengasas kepada Sri Putri Collection, Sri Putri Bridal & Dressmaking, Sri Putri Hamper & Gift dan juga Fresh Bird Nest Sri Putri (minuman air sarang burung).

Beliau telah bersama dengan pihak Menarik Di Bau di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 17 Oktober 2021 (Ahad)
Masa: 2.30 petang
Topik: Aspirasi Usahawan Serba Boleh

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Jadi pihak MDB telah mengambil inisiatif untuk mendapatkan perkongsian bersama dengan Sarema Putri berkenaan dengan perjalanan perniagaan beliau serta mengambil teladan agar dapat menginspirasi golongan belia / anak muda untuk tidak takut memulakan langkah pertama di dalam bidang keusahawanan.

Antara topik perkongsian yang telah dibincangkan ialah:

Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial serta dapat memberikan inspirasi kepada anak muda di luar sana yang ingin berkecimpung di dalam dunia keusahawanan khususnya bagi yang baru sahaja ingin bermula.

Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program di mana pengguna laman sosial mengajukan soalan-soalan dari ruangan komen Facebook.

Tetamu jemputan turut diberi peluang untuk mempromosikan produk serta laman sosial perniagaan beliau kepada para penonton.

Berikut merupakan pautan Live Streaming:
https://www.facebook.com/1208386189173084/posts/4805986789412988/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali