Kelas E-learning (Aplikasi typingclub.com & Wordwall) dan Advokasi Maklumat Palsu
13 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2021, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com dan wordwall. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip dan permainan ICT dalam talian. Aplikasi ini ada pelbagai latihan dan kuiz yang membolehkan peserta menguji kemahiran menaip dan mengenali serta memahami komponen-komponen komputer serta kegunaannya. Untuk menguji kemahiran peserta diminta menyelesaikan latihan dan kuiz mengenai komponen komputer. PI Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Maklumat Palsu. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: