Program Bual Bicara Santai Slot Cakna Minda Bersama Dengan Kaunselor Berdaftar Pejabat Pendidikan Daerah Bau

11 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Menarik Di Bau (MDB) telah berkolaborasi bersama Pn. Correli Nyobik, merupakan Kaunselor Berdaftar Sektor Psikologi dan Kaunseling di Pejabat Pendidikan Daerah Bau di dalam satu program bual bicara santai #MDBTalkSeries secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Jadi seperti yang kita ketahui penularan Wabak Covid-19 yang melanda, telah menyaksikan kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali pertama bermula pada 18 Mac 2020, sekaligus telah mengubah corak dan norma kehidupan kita semua. Pelaksanaan PKP bertujuan untuk membuat penjarakan sosial agar dapat memutuskan rantaian wabak. Namun, ia turut berpotensi menjejaskan kesihatan mental individu susulan dari tekanan psikologi yang meliputi rasa takut, cemas, stress, bimbang dan murung. Oleh itu, objektif program ini adalah untuk mengetahui bagaimana cara kita dapat mengatasi dan mengurus kesihatan mental dengan lebih baik.

Antara topik perkongsian yang telah dikupas ialah:

Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial.

Sesi ini turut mempunyai sesi Q&A di penghujung program di mana pengguna laman sosial mengajukan soalan-soalan dari ruangan komen Facebook.

Berikut merupakan pautan Live Streaming:
https://www.facebook.com/1208386189173084/posts/4499180360093634/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali