Taklimat Persediaan Program Bual Bicara Bersama Dengan Kaunselor Berdaftar Sektor Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Bau

8 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2021, telah diadakan sesi taklimat ringkas mengenai persediaan Program Bual Bicara MDB Talk Series yang akan diadakan pada 10 Julai 2021 berkisarkan topik “Mengurus Kesejahteraan Mental Semasa Pandemik Covid-19”. Taklimat ini telah diadakan melalui Google Meeting dengan kolaborasi kakitangan Pusat Internet Komuniti di Bau bersama dengan Pn. Correli Nyobik, Kaunselor Berdaftar dari Sektor Psikologi dan Kaunseling PPD Bau.

Taklimat persediaan ini bertujuan membincangkan tiga aspek utama iaitu:

Di dalam sesi aspek yang pertama, panel jemputan telah dibawa berbincang bersama kakitangan PIK Daerah Bau untuk melihat dan menilai tahap kesesuaian soalan yang ingin diutarakan demi memastikan soalan-soalan yang diberikan ketika program berlangsung kelak berada dalam bidang pengetahuan beliau dan tidak menyentuh isu yang tidak sepatutnya.

Seterusnya, sesi taklimat diteruskan dengan perkongsian informasi mengenai penggunaan aplikasi Live Streamyard Studio sebagai platform bagi program yang akan bersiaran langsung pada 10 Julai 2021 kelak. Di dalam sesi perkongsian ini turut dikongsikan bersama panel tentang persediaan asas teknikal ICT sebelum melayari laman Streamyard. Antara yang diajar ialah:

Setelah itu, panel diberi panduan tentang langkah-langkah memasuki laman Streamyard bermula dari mendapatkan Link Invitation sehingga ke laman siaran langsung.

Selain itu, di dalam aspek yang ketiga iaitu Persediaan Sampingan pula memberi panduan tentang cara penyampaian pembentangan Online yang efektif dari segi penyediaan slaid serta memastikan pengurangan gangguan Noise dan isu elektromagnetik yang boleh mengganggu isyarat WIFI serta keberkesanan penyampaian pembentangan Online.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat maju jaya diucapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali