Bual Bicara Santai Menarik Di Bau bersama Pusat Internet Komuniti Di Daerah Bau: Jenis Perniagaan & Perniagaan Online

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti di daerah Bau telah menganjurkan sebuah program Bual Bicara Santai bersama di bawah anjuran Menarik Di Bau mengenai asas keusahawanan secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Jun 2021 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Topik: Jenis Perniagaan & Perniagaan Online

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Program Bual Bicara ini telah mengetengahkan informasi penting buat mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Topik ini telah disampaikan oleh En. Benjamin Asin, Pengurus PIK Serasot. Antara sub-topik penting yang dibincangkan ialah:

Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial.

Selain itu, turut diselitkan sesi perkongsian mengenai pengalaman sendiri dalam bidang keusahawanan dalam kalangan kakitangan Pusat Internet Komuniti daerah Bau iaitu dari Pn. Francisca, Pengurus PIK Krokong, Cik Fiona, Pengurus PIK Skio dan En. Dixie, Pengurus PIK Sibuluh.

Kakitangan Pusat Internet Komuniti daerah Bau turut mengambil peluang untuk sesi soal jawab di penghujung program.

Berikut merupakan pautan Live Streaming: https://fb.watch/6gVyQk6een/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali