Sembang Digital Menarik Di Bau bersama Pusat Internet Komuniti Di Daerah Bau: Pembangunan Aplikasi dan Web

23 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti di daerah Bau telah menganjurkan sebuah program Bual Bicara Santai bersama di bawah anjuran Menarik Di Bau mengenai asas keusahawanan secara FB Live Streaming seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 22 Jun 2021 (Selasa)
Masa: 11.10 pagi
Topik: Pembangunan Aplikasi dan Web

MDB Talk Series merupakan sebuah program baru yang dianjurkan oleh pihak FB Page MDB di bawah kelolaan Pusat Internet Komuniti di Daerah Bau sebagai platform untuk menampilkan dan berkolaborasi bersama pihak luar / industri dalam menghasilkan perbincangan mengenai topik menarik sama ada berteraskan isu-isu semasa, digital ekonomi / inovasi, keusahawanan dan lain-lain.

Program Sembang Digital ini telah mengetengahkan informasi penting berkenaan dengan asas pembangunan sesebuah aplikasi dan web yang telah disampaikan oleh Cik Jessica, Pengurus PIK Tanjong Bowang. Antara sub-topik penting yang dibincangkan ialah:

Sesi program Bual Bicara ini telah membincangkan sub-topik di atas dengan padat dan penuh informasi untuk dijadikan sebagai informasi yang bermanfaat kepada pengguna laman sosial.

Selain itu, Cik Jessica turut menyelitkan sesi demonstrasi beberapa projek pembangunan Web peribadi beliau yang menggunakan teknik hard-coded dan juga penggunaan perisian Wix. Beliau turut telah berkongsi berkenaan perjalanan dan pengalaman beliau membangunkan aplikasi Android yang dikenali sebagai Road-Go (Roadside Assistance App) yang telah memperoleh Silver Award di dalam Innovation Technology (InTex) 2019 dan Malaysia Technology Expo (MTEC) 2021. Beliau turut berkongsi dengan asas pembuatan Lean Canvas dalam menjadikan sesebuah aplikasi itu mempunyai kebolehpasaran ke dalam industri komersial.

Kakitangan Pusat Internet Komuniti daerah Bau turut mengambil peluang untuk sesi soal jawab di penghujung program.

Berikut merupakan pautan Live Streaming: https://fb.watch/6gW4kEshLG/

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali