Kelas E-learning (Aplikasi typinglesson.com) dan Advokasi Mobile E-waste

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typinglesson.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip dan permainan ICT dalam talian. Aplikasi ini ada pelbagai latihan dan kuiz yang membolehkan peserta menguji kemahiran menaip. Untuk menguji kemahiran peserta diminta menyelesaikan latihan menaip seperti yang tersedia di aplikasi tersebut. PI Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Mobile E-waste (E-sisa). Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali