Kelas ICT (Aplikasi canva.com) dan Advokasi Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong
8 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 7 Februari 2021, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas ict iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi canva.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi yang menyediakan pelbagai jenis poskad, template, logo dan pelbagai lagi. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menguji kemahiran mereka. Untuk menguji kemahiran peserta diminta menyediakan poskad sempena sambutan Tahun Baru Cina 2021. PI Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Untuk Berbohong. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: