Kelas E-Learning (thewordsearch.com) dan Advokasi Check Your Label

9 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2021, PIK Sibuluh telah mengadakan kelas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi thewordsearch.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi yang menyediakan pelbagai jenis permainan puzzle dan pelbagai tajuk. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menguji kemahiran mereka. Untuk menguji kemahiran peserta diminta untuk mencari perkataan di dalam puzzle bertemakan subjek Sains. PIK Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Check Your Label. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali