Kelas E-learning (Aplikasi Canva)

15 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Jun 2022, di atas permintaan peserta PEDi Sibuluh telah mengadakan kelas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi ini ada menyediakan pelbagai jenis logo dan template iklan. Salah seorang ahli PEDi iaitu Pn. Meliha meminta staf PEDi Sibuluh membimbing beliau untuk mencipta logo dan memilih template yang sesuai dengan perniagaan yang dijalankan oleh beliau iaitu perniagaan penjagaan kesihatan (Fefet). Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri seramai 1 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali