Kelas ICT (Typingclub.com)

16 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2022, PEDi Sibuluh telah mengadakan Kelas ICT iaitu menggunakan aplikasi Typingclub.com. Aplikasi ini membolehkan peserta belajar menaip dengan laju serta memahirkan mereka menggunakan papan kekunci. Dua orang peserta yang merupakan ahli PEDi ini juga diminta untuk melakukan latihan menaip selepas penerangan tentang Typingclub.com. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 2 orang peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali