Online Talk: Kenali Apakah Itu Bidang Kejuruteraan Kimia

16 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Jan 2022, PEDi Tanjong Bowang telah berkolaborasi bersama dengan salah seorang ahli PEDi Tj. Bowang yang juga merupakan seorang pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia dari UiTM Samarahan Kampus 1 di dalam sebuah perkongsian secara dalam talian mengenai topik: Kenali Apakah Itu Bidang Kejuruteraan Kimia.

Program ini turut telah disertai oleh beberapa PEDi di daerah Bau seperti PEDi Sibuluh, PEDi Skio, PEDi Serasot, PEDi Bogag dan PEDi Krokong yang turut membawa para peserta mereka sendiri yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah & universiti.

Di dalam program ini, mereka telah didedahkan dengan perkongsian mengenai:
1. Introduction to Engineering & Chemical Engineering
2. Skills required for each engineering graduates
3. Primary job functions of engineers.
4. Building blocks / core subjects of chemical engineering.
5. Industries related to chemical engineering

Turut ada diselitkan sesi Kuiz menggunakan Quizziz sebagai menguji kefahaman para peserta.

Terima kasih diucapkan kepada semua para peserta dan juga PEDi di daerah Bau yang telah menyertai dan diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi informasi baru dan pengetahuan berguna.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali