Advokasi ( Panduan Keselamatan Melayari Internet )
18 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 17 April 2022, PEDi Sibuluh telah mengadakan sebuah kelas Advokasi bersama dengan pelajar seperti tetapan berikut:
Tempat: Bilik Latihan PEDi Sibuluh
Masa: 12.00 pm – 2.00 pm
Topik:
A.) Advokasi : Panduan Keselamatan Semasa Melayari Internet
- Pelajar diterangkan mengenai buku panduan keselamatan semasa melayari internet bagi mendidik pelajar menggunakan internet dengan bijak dan selamat.
B.) E-Learning (abcya.com_)
- Pelajar diberi peluang bermain Find The Technology di dalam laman web abcya.com untuk menguji pengetahuan yang telah dipelajari
PEDi Sibuluh sentiasa mengalu-alukan kunjungan kanak-kanak dari komuniti setempat yang ingin menggunakan kemudahan Internet bagi tujuan E-Learning.
Laman web abcya.com ternyata dapat menarik minat adik-adik ini untuk menambah kemahiran pembelajaran melalui medium permainan atas talian yang ada di dalam abcya.com.
Terima kasih kepada para pelajar yang telah menyertai kelas bersama kami dan semoga ilmu yang disampaikan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: