Program Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2022, PEDi Sibuluh telah menjalankan sebuah program sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama pengunjung PEDi. Program ini dijalankan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara di kalangan peserta. Aktiviti mewarna dan word search sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dijalankan untuk menguji pengetahuan am peserta tentang Negara Malaysia.

Program ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali