Mencipta Video Pendek Menggunakan Aplikasi VN

16 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Ogos 2022, PEDi Sibuluh telah menjalankan sebuah aktiviti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bersama pengunjung PEDi. Aktiviti ini dijalankan bagi menyemarakkan semangat cintakan Negara di kalangan peserta. Sebelum memulakan aktiviti mencipta video pendek, peserta perlu muat turun aplikasi VN melalui telefon bimbit. Aktiviti mencipta video pendek sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dijalankan untuk menghasilkan video pendek bertemakan , Teguh Bersama bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam diri peserta.

Program ini dijalankan selama dua jam bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada pukul 4 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali