Edu-Tech Series:Aplikasi Efektif Dalam Pembelajaran Interaktif Digital

17 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang mengadakan sebuah program Edu-Tech Series secara dalam talian yang berkisarkan topik: Aplikasi Efektif Dalam Pembelajaran Interaktif Digital. Program ini turut merupakan kolaborasi bersama dengan PEDi di daerah Bau iaitu PEDi Sibuluh, Skio, Bogag, Serasot, Krokong dan Peninjau Baru. Ketetapan program tersebut adalah seperti berikut:

Tajuk: Aplikasi Efektif Dalam Pembelajaran Interaktif Digital
Tarikh: 16 April 2022
Masa: 10.00 am – 12.00 pm

Di dalam sesi ini, kakitangan PEDi Tj. Bowang telah berkongsi mengenai penggunaan aplikasi Padlet dan Nearpod sebagai salah satu aplikasi yang bagus dapat digunakan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, aplikasi tersebut mempunyai elemen interaktif yang boleh membuatkan sesi kelas dan pembelajaran tersebut tampak lebih menarik.

Para peserta yang terdiri dalam kalangan pihak pendidik seperti guru, golongan dewasa bekerja serta para pelajar universiti tempatan turut didedahkan dengan pelbagai jenis contoh kegunaan dan templat Padlet yang ada. Mereka turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi Nearpod sebagai salah satu platform terbaik buat para murid / pelajar mempelajari sesuatu subjek menggunakan konsep E-Learning. Hal ini kerana, aplikasi Nearpod menggunakan konsep Game-Based Assessment.

Kakitangan PEDi Tj. Bowang berbesar hati dapat berkongsi ilmu dan kemahiran ini bersama dengan para peserta dan diharapkan bermanfaat buat mereka.

Selamat maju jaya diucapkan !.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali