Kelas Bimbingan Asas Microsoft Word (Resume) & Permohonan Pekerjaan
2 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2022, PEDi Sibuluh telah mengadakan kelas asas Microsoft Word. Seorang peserta yang merupakan ahli PEDi meminta bimbingan dan tunjuk ajar tentang membuat resume untuk beliau memohon kerja di salah sebuah kilang di Kuching menggunakan aplikasi Microsoft Word. Seterusnya peserta mengisi borang permohonan pekerjaan dan peserta dibimbing untuk memuatnaik borang, kad pengenalan, sijil-sijil ke dalam sistem organisasi tersebut. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 1 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: