Kelas Pengukuhan Microsoft Word

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Ogos 2022, PEDi Sibuluh telah mengadakan kelas pengukuhan Microsoft Word. Peserta merupakan seorang Setiausaha JKK Kampung yang pekerjaan beliau memerlukan beliau untuk membuat draf surat dan mencatat minit mesyuarat di kampung. Beliau meminta bimbingan daripada staf PEDi Sibuluh untuk menolong beliau di dalam membuat draf dan memperbaiki minit mesyuarat tersebut. Beliau menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk membuat draf dan minit mesyuarat tersebut. Kelas pengukuhan ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 1 orang peserta dewasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali