Kelas E-learning, asas Microsoft Word dan Advokasi Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu
27 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2022, PEDi Sibuluh telah mengadakan kelas asas e-learning iaitu peserta dikehendaki menggunakan aplikasi typingclub.com. Aplikasi ini adalah merupakan aplikasi menaip. Aplikasi ini ada pelbagai latihan yang membolehkan peserta menaip dengan pantas dan dapat mengurangkan kesalahan semasa menaip. Untuk menguji kemahiran menaip peserta diminta menaip surat rasmi menggunakan aplikasi Microsoft Word. PEDi Sibuluh juga telah mengadakan Kelas Advokasi Hentikan Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas ini diadakan oleh En. Dixie dan dihadiri oleh 3 orang peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: