Aktiviti Asas Menaip menggunakan Ms. Word dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak
14 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 13 Februari 2016, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas menaip. Para peserta diberi taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak dan diberikan pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak. Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.
Keutamaan latihan diberikan kepada peserta yang mempunyai penguasaan penggunaan komputer dan Microsoft Office Word yang lemah. Selain itu, ujian menaip juga diberikan kepada peserta untuk mempraktikkan kelajuan menaip.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video KDB buli siber.
- Permainan KDB (Telefon Karat)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: