Aktiviti Asas Photoscape (bahagian II) dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak.
12 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 11 Februari 2016, PI Sibuluh telah mengadakan aktiviti asas Photoscape untuk bahagian kedua yang melibatkan seramai 10 orang peserta. Sebelum aktiviti bermula, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak. Aktiviti diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai langkah-langkah penggunaan Photoscape contohnya mengedit foto dan membuat video ringkas.
Di dalam kelas ini, para peserta akan diajar cara menggunakan perisian Photoscape untuk mencantikkan foto yang telah diambil dan munyusun semula gambar yang telah disunting untuk membuat video ringkas. Peserta juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menjadikan gambar kelihatan realistik mengikut standard fotografi sebenar. Kelas intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tenaga pengajar.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
- Pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video mengenai langkah-langkah penggunaan perisian Photoscape.
- Tayangan video KDB mengenai Buli Siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: