Aktiviti Membuat Video dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak.
15 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2016, PI Sibuluh telah mengadakan kelas asas membuat video menggunakan perisian Powtoon yang melibatkan seramai 6 orang peserta. Sebelum aktiviti bermula, para peserta diberi taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak dan pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak. Aktiviti diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai langkah-langkah penggunaan perisian Powtoon. Perisian ini amat senang digunakan untuk membuat video jenis animasi kartun.
Dengan adanya template yang disediakan amat memudahkan peserta untuk menyunting video. Di dalam kelas ini peserta juga akan diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menyimpan video mengikut format yang betul. Kelas intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tenaga pengajar.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video mengenai langkah-langkah penggunaan perisian Powtoon.
- Tayangan video KDB mengenai Oversharing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: