Pengenalan Kepada Asas MS. Word
29 Ogos 2016 | Aktiviti TerkiniKelas pengenalan kepada asas Ms. Word ini disertai seramai 6 orang usahawan. Sebelum memulakan kelas, peserta diberi penerangan ringkas mengenai klik dengan bijak. Topik pengenalan kepada asas Ms. Word dapat meningkatkan pengetahuan dan latihan praktikal mengenai penggunaan perisian berdasarkan panduan dan tips dan peserta dapat mengenalpasti ciri-ciri serta tugas utama perisian Ms. Word.
Topik kali ini mengenai:
- Memasukkan jadual
- Menambah kolum dan baris
- Membuang kolum dan baris
- Menukar effect jadual
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Program Intel Learn Easy Step adalah program untuk para usahawan kecil-kecilan untuk melengkapkan diri dengan asas kemahiran ICT.
- Menggalakkan penggunaan ict dalam meningkatkan aktiviti pengetahuan mengenai perkakasan dan perisian computer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: