Aktiviti Membuat Blog dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak
27 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 26 Februari 2016, PI Sibuluh telah mengadakan kelas membuat blog yang bertajuk “Kampungku” menggunakan perisian Simple Site. Kelas ini melibatkan seramai 5 orang pelajar sekolah menengah. Sebelum kelas bermula, peserta diberi taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak. Kelas diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai langkah-langkah penggunaan perisian Simple Site. Di dalam kelas ini, para peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai cara membuat blog mengikut format yang betul. Peserta juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menghasilkan blog agar kelihatan realistik mengikut standard template blog sebenar. Kelas intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tenaga pengajar.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
- Pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video mengenai langkah-langkah penggunaan perisian Simple Site.
- Permainan KDB (Word Search).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: