Program CSR "Jom Celik IT (Ms.Word)" dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak
7 Februari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2016, Kolej Komuniti Mas Gading telah mengadakan Program CSR "Jom Celik IT (Ms. Word) bersama murid-murid tahun 5 dan 6 Sk. Grogo di Pusat Internet Kampung Sibuluh. Program seumpama ini dapat memberi tunjuk ajar kepada murid-murid yang mempunyai tahap Ms. Word yang lemah. Seramai 18 orang murid yang terlibat dengan program ini. Sebelum aktiviti bermula, murid-murid diberikan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak dan pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak.
Taklimat diberikan oleh Pengurus PI Sibuluh dibantu oleh Pengurus PI Krokong. Program tersebut diadakan bertujuan untuk mendidik murid-murid mengenai langkah-langkah penggunaan Ms. Word. Kelas intensif ini berteraskan praktikal dimana murid-murid akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tenaga pengajar dan pembantu pengajar.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Tayangan video KDB mengenai Oversharing.
- Kuiz KDB
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: