Latihan Ms.Word Shortcut Keys dan Taklimat Ringkas Klik Dengan Bijak
6 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniPada 5 Mac 2016, kelas latihan Ms. Word Shortcut Keys telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Sibuluh bersama murid-murid tahun 5 Sekolah Grogo. Kelas seumpama ini dapat memberi tunjuk ajar kepada para peserta yang mempunyai tahap Ms. Word yang lemah. Seramai 7 orang murid yang terlibat dengan kelas ini. Sebelum aktiviti bermula, peserta diberikan taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak dan pendedahan mengenai etika berinternet dan menggalakan penggunaan internet secara positif dan bijak.
Taklimat diberikan oleh tenaga pengajar merupakan penolong pengurus PI Sibuluh. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik para peserta mengenai langkah-langkah penggunaan Ms. Word secara pintasan dengan menggunakan papan kekunci. Kelas ini berteraskan praktikal dimana para peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tenaga pengajar.
Kebaikan dan Kelebihan Program:
- Untuk mendidik pelajar untuk menggunakan komputer dan internet dengan cara yang selamat.
- Memupuk sikap bertanggungjawab terutamanya dalam penggunaan kandungan berangkai secara positif.
- Menggalakkan belia dan masyarakat sentiasa peka dan berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Aktiviti yang turut diadakan:
- Kuiz Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: